Pages

Monday, April 25, 2011

Makanan Tempatan MAsyarakat Sabah


Masyarakat di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan tradisi sejak turun temurun dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Antara makanan tradisi yang terkenal ialah Hinava, Tuhau, Ambuyat , Kuih Penyaram dan lain-lain lagi yang disediakan dalam pelbagai cara. Setiap etnik di Sabah mempunyai makanan tradisional yang berbeza.  Dalam blog ni saya akan memperkenalkan anda tentang makanan tradisional sabah yang Terdapat di Daerah Papar iaitu tempat tinggal saya.


 Ambuyat
Ambuyat is quiet famous in Papar, Sabah..hehe..tu orang putih cakap la..Ambuyat ni merupakan makanan Melayu brunei tapi makanan ni memang terkenal di pantai barat Sabah, Sarawak dan Brunei Darusalam. Ambuyat diperbuat daripada tepung sagu. Masyarakat tempatan 'ambuyat' iaitu sagu yang dimasak dengan air panas menjadi seperti kanji dan dimakan bersama cecah air rebusan ikan yang dimasak bersama kunyit dan diperahkan asam limau atau dimasukkan jeruk bambangan dan dipenyekkan cili padi. Ambuyat juga sangat sedap dinikmati bersama ulaman dan sambal belacan. Selain menggunakan cecah air rebusan ikan, cecah ambuyat juga boleh dibuat berasaskan udang kering atau dicampurkan tomato mengikut citarasa masing-masing. 



Kuih cincin
Kuih cincin merupakan kuih kegemaran masyarakat sabah. Kuih cincin di daerah papar memang sangat popular di sabah. Kuih cincin merupakan makanan istimewa bagi masyarakat di Negeri Sabah. Kuih ini dibiarkan kering sebelum digoreng dengan minyak yang panas. Adalah amat penting bagi memastikan kuih tersebut kering secukupnya bagi mengelakkan minyak terpercik keluar ketika menggoreng. Kuih ini mempunyai rasa yang manis dan sedikit masin.  




 Kuih Penyaram
Kuih penyaram ataupun Mexican hat adalah antara kuih tradisional utama yang dijual oleh hampir kebanyakan peniaga di Sabah. Kuih penyaram mempunyai rasa yang berbeza dengan yang lain kerana pembuat kuih ini mempunyai petua dan resepinya tersendiri menyebabkan kadang- kala kuih seseorang itu menjadi pilihan oleh orang tertentu.